Love Story #2

Sejak perasaan itu timbul kembali, tiada seorang pun kawan lelaki aku menghatar SMS atau CALL aku.Apakah semua ini? Adakah dia benar-benar untuk aku? persoalan ini sering bermain diminda ku.Aku sering mengakhiri solat dengan berdoa "jika dia memang ditakdirkan untuk aku, engkau mempermudahkan lah urusan aku dengan dia, jika dia yang terbaik untuk aku, engkau ringankan lah dugaan pada masa akan datang". Adakah Tuhan memakbulkan doa aku? orang yang masih sayangkan aku itupun menghilangkan diri sejak perasaan aku terhadap dia datang kembali.Bila difikirkan kembali, kalau orang itu masih menghubungi aku mesti sukar untuk aku memulakan langkah-langkah aku untuk orang yang aku cintai.Setiap saat aku memikirkan tentang perasaan aku terhadap dia, patutkah aku memberitahu dia? tidakkah aku tergesa-gesa? aku serik mengejar orang yang aku sayang/cinta disebabkan peristiwa yang lama aku menjadi seorang yang ego dan tak jujur dengan diri sendiri.Tapi dalam masalah ini, aku terdetik nak berlaku jujur dengan hati aku dan membuang sikap ego aku itu.Dia selalu memberi link-2 lagu yg dia dengar untuk berkongsi bersama aku, dalam banyak lagu yg dia bagi, hanya satu lagu yang menjadi kegemaranku iaitu By Your Side - Tenth Avenue.Kadang-kadang aku timbul satu perasaan pelik terhadap dia, ada sesetengah lagu dia seolah-olah masih mencintai aku tetapi kenapa dia tidak berterus terang? ini lagi satu persoalan yg bermain difikiran ku ketika ini.

(Kenapa begitu sukar untuk aku berterus terang? Sejak bila aku menjadi berfikiran panjang, selalunya aku membuat keputusan tanpa berfikir.)
Thanks for reading my post ;)