Love Story #3

Sebelum tidur mesti perasaan hendak beritahu dia tu membuak-buak, tapi apakan daya....aku belum bersedia lagi.Esok tu, dia ada tanya aku? "eh yang haritu nak bagitau something tu nak bagitau apa?" Aku hanya mampu menjawab "tiada apa-apa" and then sebelum solat maghrib aku membuka langkah kedua aku, aku beritahu dia semua tentang perasaan aku terhadap dia tetapi aku tak benarkan dia bagi apa-apa respon tentang tu sebab aku sangat belum bersedia.Masa tengah malam tu, dia hantar text goodnight! aku sangat berasa gembira kerana cara text dia tu mungkin respon yang baik tentang perasaan aku tu.Keesokkan harinya, semasa aku bangun daripada tidur aku terfikir, apakah perasaan dia terhadap aku? adakah sama dengan aku? tak mungkin sama dengan aku, sebab dia sayangkan perempuan itu lagi.Perasaan aku terhadap dia seolah-olah aku baru jatuh cinta, baru nak mengenali cinta kalau dengan bekas teman lelaki aku dulu tak pernah aku rasa macam ni.Ya Allah, apa semua ni? :(


(Adakah dia sama seperti aku?)

Thanks for reading my post ;)

Love Story #2

Sejak perasaan itu timbul kembali, tiada seorang pun kawan lelaki aku menghatar SMS atau CALL aku.Apakah semua ini? Adakah dia benar-benar untuk aku? persoalan ini sering bermain diminda ku.Aku sering mengakhiri solat dengan berdoa "jika dia memang ditakdirkan untuk aku, engkau mempermudahkan lah urusan aku dengan dia, jika dia yang terbaik untuk aku, engkau ringankan lah dugaan pada masa akan datang". Adakah Tuhan memakbulkan doa aku? orang yang masih sayangkan aku itupun menghilangkan diri sejak perasaan aku terhadap dia datang kembali.Bila difikirkan kembali, kalau orang itu masih menghubungi aku mesti sukar untuk aku memulakan langkah-langkah aku untuk orang yang aku cintai.Setiap saat aku memikirkan tentang perasaan aku terhadap dia, patutkah aku memberitahu dia? tidakkah aku tergesa-gesa? aku serik mengejar orang yang aku sayang/cinta disebabkan peristiwa yang lama aku menjadi seorang yang ego dan tak jujur dengan diri sendiri.Tapi dalam masalah ini, aku terdetik nak berlaku jujur dengan hati aku dan membuang sikap ego aku itu.Dia selalu memberi link-2 lagu yg dia dengar untuk berkongsi bersama aku, dalam banyak lagu yg dia bagi, hanya satu lagu yang menjadi kegemaranku iaitu By Your Side - Tenth Avenue.Kadang-kadang aku timbul satu perasaan pelik terhadap dia, ada sesetengah lagu dia seolah-olah masih mencintai aku tetapi kenapa dia tidak berterus terang? ini lagi satu persoalan yg bermain difikiran ku ketika ini.

(Kenapa begitu sukar untuk aku berterus terang? Sejak bila aku menjadi berfikiran panjang, selalunya aku membuat keputusan tanpa berfikir.)
Thanks for reading my post ;)