Love Story #1

Selepas setahun aku meninggalkan bekas kekasih aku, aku baru sedar jauh dilubuk hatiku sangat mencintai dia.Aku cuba untuk mengabaikan perasaan itu, tetapi semakin hari semakin kuat perasaan itu bermain di fikiranku.Pada suatu hari, semasa aku online facebook sambil IM (chatting) dengan dia, aku telah membuka langkah pertama aku untuk memberitahu dia bahawa aku ada sesuatu untuk disampaikan kepada dia tetapi aku belum bersedia dan belum tiba masanya lagi kerana dia masih sayangkan perempuan yang bermula dgn huruf H , walaupun dia cakap dia sudah melupakan perempuan itu tetapi aku tahu dia masih sayangkan perempuan itu.Perempuan itu jauh lebih lawa daripada aku, adakah dia nak dengan aku lagi? pada saat itu, persoalan ini sangat bermain difikiranku.Aku rasa sangat tercabar dan mungkin aku akan memalukan diri sendiri jika berterus terang.Pada masa dulu, aku meninggalkan dia untuk lelaki lain sedangkan dia sangat menyayangi aku tapi percayalah selepas apa yang terjadi aku banyak belajar dari semua kesilapan tu dan insya-Allah aku tidak akan mengulanginya lagi.

(Jika aku berterus terang, adakah dia menerima dengan hati yang terbuka?)
Thanks for reading my post ;)